Senin, 07 Januari 2008
Penilaian Formatif
Penilaian formatif bertujuan memperoleh maklumat tentang tahap penguasaan dan kelemahan murid terhadap hasil pembelajaran yang ditetapkan. Maklumat ini boleh dimanfaatkan untuk mengenal pasti tahap kebolehan murid, mengesan hasil pembelajaran yang sudah dan belum dikuasai oleh murid. Maklumat ini boleh digunakan untuk membuat keputusan sama ada murid terus ke unit pembelajaran yang baru, diberikan pengayaan, mengulangi unit pembelajaran, atau diberikan pemulihan. Maklumat ini juga dapat digunakan untuk menaksir keberkesanan kaedah serta aktiviti pembelajaran, dan merancang aktiviti pemulihan dan pengayaan.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar